Sunday 15 March 2015

Sirah

Assalamualaikum..kalau ingat lagi dulu kita pernah sama-sama menyanyikan lagu utusan terakhir oleh Raihan... jadi ustaz kongsi video nya disini mana tahu nak karaoke kat rumah dengan famili..Ok Selamat Bercuti Murid 3 Taqwa




Muhammad diutuskan Allah ke dunia,
Penutup para nabi dan rasul,
Memberi rahmat keseluruh alam,
Bawa cahaya kebenaran.

Pemuda ummi disenangi semua,
Lahir dari keturunan mulia,
Sifat sempurna akhlak terjaga,
Anak yatim digelar Al - Amin.

Mukjizat Al - Quran yang agung, 
Bawa ajaran dan sunnahnya,
Membela nasib anak - anak yatim,
Mengangkat darjat kaum wanita.

Muhammad Rasullullah,
Muhammad Khatimul Anbia’.

Menghapuskan kasta dan perhambaan,
Menghormati semua tua dan muda,
Memberi syafaat di akhirat sana,
Kasihkan umatnya.

Dia ikutan seorang pahlawan,
Dia panduan ketua keluarga,
Dialah contoh pemuda mulia,
Dialah Khatimul Anbia’.

Friday 20 February 2015

Pelajaran Jawi

Perkataan yang diakhiri dengan hurufق  dan ك  
1. Perkataan yang diakhiri dengan huruf ق
-Kata asal Bahasa Melayu yang diakhiri dengan huruf konsonan “K” hendaklah ditulis dengan huruf ق  dalam ejaan jawi.


2. Perkataan yang diakhiri dengan huruf ك
-Kata serapan Bahasa Inggeris yang diakhiri dengan konsonan “K” ditulis dengan huruf ك dalam ejaan jawi.



Huruf اليف(ا)  digugurkan
Huruf اليف  hendaklah digugurkan pada pola terbuka “a” diakhir suku kata yang mengandungi huruf ك



Wednesday 18 February 2015

Pelajaran Imlak

كلمه اسم مفرد مذكر دان كلمه اسم مفرد موئنث

كلمه اسم مفرد مذكر


Ditulis dengan huruf asal bagi kalimah itu seperti yang dilafazkan


كلمه اسم مفرد موئنث
Ditulis dengan menambah huruf (تاء مربوطة (ة diakhir kalimah dan huruf sebelum
(تاء مربوطة (ة berbaris فتحة (َ  )

Sunday 1 February 2015

Senarai subjek

Terlupa untuk beritahu bahawa hanya beberapa subjek sahaja yang akan dipost di blog ini.

 Ini kerana bukan semua pelajaran tahun 3 diajar oleh saya.

Subjek-subjek tahun 3 yang akan dipost adalah:

1)Al-quran
2)Bahasa Arab
3)Jawi
4)Imlak
5)Sirah

Dan mungkin ada sedikit perkongsian yang bermanfaat akan dipost disini insyaallah.

Permulaan

Alhamdulillah, setelah berhempas pulas melawan malas dalam diri tercipta akhirnya satu blog yang ditulis oleh seorang Rakif.

Tujuan utama blog ini dihasilkan adalah untuk memudahkan pelajar tahun 3 Taqwa Sungai Kelambu merujuk kembali apa yang sudah dipelajari sewaktu di sekolah disamping mendedahkan kepada mereka tentang faedah teknologi.

Kenapa nama blog "nak rajin"? sebabnya saya nak semua pengunjung yang berkunjung ke blog ni termotivasi dengan perkataan RAJIN termasuk la pemilik blog ni. Malas merupakan penyakit yang paling berbahaya bagi saya setakat ni.

Untuk pengetahuan semua,saya akan cuba akan update blog ini setiap minggu dan istimewa pada minggu ini saya akan cuba update semua pelajaran yang saya ajar pada bulan Januari 2015 lepas. Sepatutnya blog ni kena wujud pada awal tahun lagi tapi disebabkan saya dijangkiti virus MALAS, ini lah jadinya.

Jadi diharapkan blog ini akan memberi manfaat kepada semua pengunjung. Kalau ada soalan atau kesalahan boleh terus komen ye.

Tak sangka seorang Rakif mampu menaip sepanjang ni.